Sun 23 May 2010
Promosi
Wed 11 Mar 2009
Harimau Masuk Kebun Naga
Posted by nagamadu under Promosi, cerita naga, umum
[5] Comments
Salam Sejahtera semua,
Terkejut !!!, memang terkejut, kami pun terkejut :-)
harimau dah masuk kebun.
Inilah dia Harimau yang sedia menunggu mangsanya
Control machonya..
Sedia untuk terkam tetamu yg tak diundang..
Setelah ikhtiar yang lain sudah dibuat tapi tak berjalan juga
terpaksalah mencuba idea dari orang kampung nie..
Sebelum ada penunggu nie , macam kat bawah ini lah jadinya..
Belum kita sempat petik ada saja tetamu yg tak diundang yang petik dulu..
Tapi Alhamdulillah , bila dah ada penunggu di kebun nie..
masalah tetamu yang tak diundang telah berkurangan.. tapi tak lah selesai terus..
Kadang2 tu terpaksa lah abah menggunakan senapangnya..
Masalahnya dengan abah nie.. kalau dah fire tu ..
selalunya Innalillah le jawabnya ‘menatang’ tu..
Apa-apa pun, kebun naga sekarang dah ada penunggu dan pengeluaran bunga
dan buah masih berterusan.
Bagi anda yang nak merasa buah naga fresh, organik dan terus dari ladang nie..
hubungi kami di SINI
Jumpa lagi di post akan datang.
mael
nagamadu.com
Wed 5 Dec 2007
Kembali Ceria
Posted by nagamadu under Balik Kampung, Promosi, cerita naga
[5] Comments
Salam semua,
Update terkini kebun naga Nagamadu.
Alhamdulillah.. setelah pokok naga ’berpuasa’ selama sebulan..
(x sempat letak baja masa puasa n raya lepas)
kini pokok naga mula memberi tanda ianya kini akan kembali ceria setelah
baja kompos organik dan baja bunga organik di ’raya’kan bulan lepas.
Banyak tunas2 baru dan yang bestnya putik2 bunga baru yang mula kelihatan..
nampaknya selepas ini jadual pembajaan perlu konsisten supaya tidak ’sangkut’ lagi
pengeluaran buah
Minggu lepas juga sempat habiskan kerja2 spray baja pada batang naga.
dan juga lakukan cantasan tunas tidak berguna pada batang dan cantasan batang yang tua.
Sambil tu sebahagian tanah yang masih kosong berdekatan kebun naga
telah dirotor untuk projek seterusnya..
tetapi kata pasti belum dibuat samada masih pokok naga atau
projek baru akan dijalankan disitu.. tungguuuu…
Selingan…. kepada sahabat dan penggemar naga yang ingin membuat tempahan sila hubungi saya disini. Ada tawaran penghantaran percuma di kaw. KL. hubungi segera sebelum terlambat. Segar dari ladang.. tentunya dari Nagamadu.com
Status terkini kebun naga Nagamadu..
Terima kasih .. jumpa lagi.
mael
nagamadu.com
Fri 23 Nov 2007
Resepi Naga - Red Dragon Fruit CheeseCake
Posted by nagamadu under Promosi, resepi naga, umum
[3] Comments
Salam Sejahtera,
Terlebih dulu.. maafkan saya jika agak lama tidak bersama anda semua disini.. almaklumlah sibuk dengan kerja-kerja di kebun..
Memang niat kami mahu memberikan maklumat sepenuhnya apa juga berkaitan buah naga kepada para nagarian semua..
dan sesuai dengan tajuk post kali ini… kami memperkenalkan resepi dari buah naga iaitu …..
Red Dragon Fruit CheeseCake.
untuk view yang lebih jelas.. sila click pada gambar diatas.
Topping
1/3 dari sebiji buah naga - dicincang halus
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan gula
50 ml air
Rebus buah naga yang dicincang tadi dengan air dan gula hingga mendidih
Masukkan tepung jagung dan kacau hingga pekat
CheeseCake
4 keping biskut marry original
1 keping oreo
Blend hancur dan campurkan 1 sudu makan butter cair
Tekan pada loyang size 3″
125gm cream cheese
1 1/2 sudu makan gula
1/2 biji telur
Pukul cheese, gula dan telur hingga kembang
Tuangkan ke atas biskut yang telah dimampatkan tadi
Bake @ 150C @ 12-15min. Sejukkan
Tuangkan topping keatas cheesecake
Sejukkan sebelum dimakan… nyum2..
Gambar dan sumber resepi adalah dari rakan kami di : Hellikonia .. terima kasih ye kerana sudi kongsi resepi..
Sebarang pertanyaan berkaitan resepi diatas atau cake yang lain sila hubungi Hellikonia ye.
Tetapi Awas.. bagi penggemar buah naga yang segar … enak dimakan begitu saja.. mungkin buah naga nih x sempat jadi cheesecake …
dah habis pun dinyum2kannya…
OK.. disini saja kali ini .. jumpa lagi..
mael
nagamadu.com
Thu 25 Oct 2007
Kembali kita Berkebun & Kueh Naga
Posted by nagamadu under Promosi, cerita naga, resepi naga, umum
No Comments
Salam Sejahtera semua..
Bersua kita kembali disini, sebulan kita berpuasa aktiviti berkebun pun agak berkurang, kini projek perlu diteruskan ..
Semasa bulan puasa aritu , bekalan baja organik yang baru telah sampai.
Hampir 3 tan semuanya .. baja kompos organik dan baja bunga organik.
Aku ingatkan lori boleh sampai terus ke bangsal tapi malangnya sampai kt pintu pagar saja..tanah lembut.. tayar lori dah sangkut..
Apa lagi mulalah kerahan tenaga dijalankan untuk mengangkut baja dari pintu pagar ke bangsal ada la 100meter..
Nasib baik biras aku dan kawannya ada di kampung .. dapatlah mereka tolong aku.. hampir separuh hari juga la nak angkat semua guni baja tu..
.. apapun aku harap mereka tak serik nak tolong aku lagi pada masa akan datang.. mana x nya bulan puasa beb.. moga bertambah pahala mereka
Raya ke 5, keluarga aku ada buat kenduri kesyukuran setelah mereka selamat menjalani ibadah umrah pada awal bulan puasa aritu. Buah naga yang ada turut dijadikan sebagai ‘pencuci mulut’. Alhamdulillah semuanya selesai.
Aku setuju sekarang nih ramai orang kita dah suka buah naga .. tapi mesti yang best la.. mcm Nagamadu punya..
Minggu nih aktiviti potong rumput sedang dijalankan dan diteruskan dengan
membuang rumput di pangkal pokok dan membaja
.. aku harap semua dapat selesai dan dapatlah pokok naga aku kembali ceria.. dan memberi hasilnya nanti. InsyaAllah.
Post kali ini juga aku nak lampirkan gambar2 hasil buah naga diperbagaikan..
OK. Setakat ini saja kali ini.. jumpa lagi.
mael
nagamadu.com
p/s : Bagaimana dengan puasa 6 anda di Syawal ini. Mari kita menambah semasa peluang masih ada











