Salam sahabat semua
Sebenarnya sudah lebih tiga minggu lepas Mak Rembau telah pergi meninggalkan kami, Allah SWT lebih menyayanginya.
Tepat 4.50 pagi Khamis 21 Ogos 2008, Mak telah pergi buat buat selama-lamanya. Ketika itu arwah ditemani anak perempuannya yang juga isteriku.
Pada petang Selasa 5.30PM, ketika aku dan isteri baru beredar dari tempat kerja, isteriku menerima panggilan telefon dari Abah menyatakan yang beliau dan mak terlibat dalam kemalangan. Ayah alami luka tapi masih sedar manakala Mak akan dibawa ke Hospital Seremban.
Ketika itu isteriku tidak dapat menahan sebaknya dan aku cuba menenangkannya. Pada petang itu juga isteriku bersama adik lelakinya bergegas ke Hospital Seremban dan aku perlu uruskan hal anak-anak.
Dari sms yang diterima, Mak masih tidak sedar lagi. Lepas Maghrib aku pula bergegas ke sana untuk ikuti perkembangan seterusnya. Mak diberi rawatan kecemasan dan ditempatkan dalam HDW (high depency ward). Aku sempat melihat Mak semasa dibilik kecemasan dan berdoa agar Allah memberikan rahmatnya pada Mak.
Esoknya ramai saudara yang datang menziarah dan keadaan mak masih tidak sedar diri sepenuhnya.
Keadaan Mak masih kritikal, Dr menyatakan mungkin terdapat luka dibahagian hati nya. Mereka berusaha menstabilkan tekanan darah Mak.
Rabu 8.00 malam 20 Ogos, mak dimasukkan kedalam ICU disebabkan keadaannya amat kritikal. Dr memberitahu pembedahan akan dibuat bagi mengurangkan kecederaan pada hati.
Pukul 3.00 pagi 21 Ogos 2008, isteriku menghubungi maklumkan keadaan mak amat kritikal dan meminta aku dan keluarga yang lain bersamanya di HS. Aku terus bergegas ke sana dari KL.
4.55 pagi aku sampai di HS terus ke ICU ward, diluar aku bertemu dengan isteri yang sebak menyatakan mak baru sahaja meninggalkan kami semua pada 4.50 AM. Aku redha dengan pemergiannya dan doakan Mak berada dalam golongan beriman. Amin
AL FATIHAH BUAT MAK .. HAJJAH KAMSIAH BT HAJI OTHMAN.
25/06/45 - 21/08/08 4.50AM , Hospital Tunku Jaafar, Seremban.
Mak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Surau di depan rumah sebelum solat Zohor.
Terima kasih pada keluarga, rakan sekerja, dan sahabat yang menziarah, telefon, sms, dan yang bersama atas ucapan, sumbangan dan prihatin atas pemergian arwah mak.
mael