Archive for May, 2007
Monday, May 28th, 2007
Tuaian Kedua
Salam Sejahtera,
Akhir Februari 2007, kami memetik buah naga bagi kali kedua. Kali ini nampaknya
ada peningkatan. Kami dapat hampir satu bakul penuh.
bila ditimbang ..ada la dalam 6 kilogram lebih.
Husna bersama hasil tuaian kedua kami.
Kali ini pakcik, makcik, paklong, maklong dan jiran-jiran lah yang merasakannya.
sedekah buah naga… moga2 bertambah rezeki pada tuaian akan datang.
Jumpa lagi.
mael.
2 Comments » - Posted in cerita naga by nagamadu
Wednesday, May 23rd, 2007
Buah Naga Sulung
Salam Sejahtera,
Pada awal Februari 2007, apa yang diharapkan selama ini akhirnya tercapai. Buah naga sulung kami sedia untuk dipetik. Walaupun tempoh ketika itu masih dikira masa untuk belajar berbunga dan berbuah, tetapi Alhamdulillah, kami bersyukur kerana hasil titik peluh selama ini mula menjadi…
Faheem dan Hadif bersama buah naga sulung yang baru dipetik.
Kami petik 4 biji semuanya. Beratnya lebih kurang 1 [...]
No Comments » - Posted in cerita naga by nagamadu
Saturday, May 19th, 2007
Bunga Naga
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Rasanya ramai yang jarang dan mungkin tidak pernah tengok bunga naga, disini saya cerita sikit tentang bunga naga ini.
Biasanya selepas 6-8 bulan, pokok naga akan mula berbunga. Bunganya cukup besar, berbau harum dan biasanya mulai berbunga pada waktu senja dan akan mekar sempurna pada waktu tengah malam sehingga pagi keesokan harinya sekitar [...]
No Comments » - Posted in cerita naga by nagamadu
Friday, May 11th, 2007
Bagaimana kami bermula
Salam Sejahtera sahabat semua,
Pada post kali nih, saya ingin ceritakan bagaimana kami memulakan projek tanaman buah naga ini. Pada bulan Jun 2006, kami memikirkan kami perlu buat sesuatu yang lebih bermakna dan hasil dari percambahan idea, kami bersetuju untuk jalankan projek tanaman di tanah terbiar berdekatan rumah orangtua di kampung. Tapi tanaman apakah yang akan [...]
No Comments » - Posted in cerita naga by nagamadu
Friday, May 11th, 2007
Salam Sejahtera
Assalamualaikum sahabat semua, akhirnya hari ini dapat juga saya membuat post pertama saya dalam ruang siber ini. Cerita saya disini hanya berkaitan usaha tani naga madu atau pitaya. Tentu ramai yang dah tahu tentang buah naga ini yang banyak khasiatnya pada kesihatan kita. Saya akan jelaskan lagi pada post yang akan datang.
Sedikit makluman berkaitan kebun [...]





