Archive for December, 2007
Wednesday, December 5th, 2007
Kembali Ceria
Salam semua,
Update terkini kebun naga Nagamadu.
Alhamdulillah.. setelah pokok naga ’berpuasa’ selama sebulan..
(x sempat letak baja masa puasa n raya lepas)
kini pokok naga mula memberi tanda ianya kini akan kembali ceria setelah
baja kompos organik dan baja bunga organik di ’raya’kan bulan lepas.
Banyak tunas2 baru dan yang bestnya putik2 bunga baru yang mula kelihatan..
nampaknya selepas ini jadual pembajaan perlu konsisten supaya tidak ’sangkut’ lagi
pengeluaran buah
Minggu lepas juga sempat habiskan kerja2 spray baja pada batang naga.
dan juga lakukan cantasan tunas tidak berguna pada batang dan cantasan batang yang tua.
Sambil tu sebahagian tanah yang masih kosong berdekatan kebun naga
telah dirotor untuk projek seterusnya..
tetapi kata pasti belum dibuat samada masih pokok naga atau
projek baru akan dijalankan disitu.. tungguuuu…
Selingan…. kepada sahabat dan penggemar naga yang ingin membuat tempahan sila hubungi saya disini. Ada tawaran penghantaran percuma di kaw. KL. hubungi [...]





