Sun 17 Jun 2007
Khasiat Buah Naga
Posted by nagamadu under cerita naga, umum
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada post kali ini saya akan cerita tentang khasiat buah naga. Sebagaimana anda maklum buah naga yang ditanam di Malaysia adalah dari jenis warna merah. Dikenalpasti bahawa buah naga merah mempunyai lebih khasiat dari warna putih. Tahukan anda buah naga ( Dragon Fruits, Pitaya, Hylocereus) ini cukup kaya dengan perbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan metabolisma badan.
Mengikut kajian buah naga madu ini amat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah dan ianya memberi tindakbalas yang sangat baik untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksin dalam badan. Ianya juga boleh mencegah kanser usus darah dan juga menurunkan kadar lemak badan.
Warna merah-kemerahan/ungu-keunguan yang semulajadi yang terdapat pada buah naga merah mengandungi khasiat “Anthocyanin“ yang mengawal kadar jantung dan melambatkan proses penuaan (awet muda la..
) manakala biji hitam pula mempunyai “Albumen” membantu penghadaman dimana ianya dapat mengumpulkan sisa-sisa makanan dalam perut, mengeluarkan toksik dan lebihan galian dalam perut.
Untuk maklumat lanjut rujuk khasiat naga madu disini.
Berikut adalah maklumat khasiat bagi setiap 100g naga merah:
Energy 67.70 Kcal
Water 85.30%
Protein 1.10 gm
Fat 0.57 gm
Carbohydrates 11.20 gm
Fibre 11.34 gm
Calcium 10.20 mg
Phosphorous 27.50 mg
Magnesium 38.90 mg
Potassium 3.37 mg
Iron 0.70 mg
Sodium 8.90 mg
Zinc 0.35 mg
Sorbitol 32.70 mg
Fructose 3.20 mg
Vitamin C 3 mg
Niacin 2.8 mg
Sumber : FAMA, Malaysia.
Adanya Vitamin C juga sudah pasti dapat mencantik dan mencerahkan kulit.
Dan yang pasti buah naga madu bebas dari sebarang racun kerana ianya menggunakan sistem tanaman organik sepenuhnya. Sekarang kita mempunyai lebih sebab untuk mencuba buah naga madu….
jumpa lagi.
mael.
nagamadu


















June 20th, 2007 at 11:07 pm
hari ni bru tau khasiat dragon fruit(tertulis dragon food lak kat chatbox..hehe)
patutla org cina suka buah ni(mengikut pandangan akula…) sbb buah ni byk khasiat…tahniah2…good info..
nagamadu : yup.. (betulla tu org cina mmg suka) memang banyak khasiat.. seluruh pokok ada khasiat.. dari akar sampai ke buah. nih nak bagi orang kita merasa sama khasiat nya..
June 21st, 2007 at 3:34 pm
Kajian oleh UPM mendapati buah ni baik untuk pengidap kencing manis. Pakcik sulaiman yang tanam buah ni kat rembau pun kata gitu. Dia ada cuba kat org kampungnya dan nampaknya mujarab. Kena makan sebiji sehari…
nagamadu : alhamdulillah dol, harap lebih ramai orang kita mendapat manfaat dari buah ini. InsyaAllah.
June 21st, 2007 at 4:45 pm
Buah naga sesuai untuk bayi umur setahun tak?
nagamadu : buah naga tu buah…baik untuk digestion system..cam betik gak..tapi so far saya ada bagi kat anak sendiri umur 2 tahun ok je..
November 22nd, 2008 at 5:55 pm
salam……
sy nk tahu sbnrnye pe kndungn bhn yg terdapat dkm buah naga sehingga ianye dikatakan bleh menurunkan kandungan glukosa bg pesakit kencing manis???
December 30th, 2009 at 1:31 pm
erm… last week ada pi Bagan Lalang kat Sepang.Ada satu tempat tu (sori x ingat nama tempat nye tapi sblum smp sg pelek) ada ladang dragon fruit nie.Me beli RM8.00/kg, 6 biji, kena lebih kurang RM35.00 cam gitu. Buah besar2…Manis …
Colour dier yang ngancam tuh…Masuk dlm freeze, makan sesejuk… sedap!!!
January 27th, 2010 at 1:10 am
ok NANI..
nanti boleh cuba pula versi nagamadu punya..
kebun kat rembau n9 je.. K